Baja Milagro ni bagus ke? Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana ramai yang meluangkan masa di rumah pastinya turut sama memberi peluang kepada kita untuk melakukan bermacam-macam aktiviti seperti menanam pokok. Untuk menanam pokok, kita perlukan baja yang sesuai mengikut jenis pokok atau tumbuhan tersebut.
POKOK PERLUKAN MAKANAN – BAJA MILAGRO
Tidak dinafikan bahawa pokok juga memerlukan makanan seperti manusia dan makanan tersebut adalah dalam bentuk baja. Jadi, sebelum kami berkongsi dengan lebih lanjut mengenai baja Milagro, biar kami terangkan terlebih dahulu secara ringkas mengenai baja kepada anda.
Penting untuk anda kenal jenis baja yang sesuai. Jika tidak, pokok atau tanaman anda akan mati. Cara untuk menyukat dan memilih baja adalah mengikut jenis tanaman. Kebanyakan baja mempunyai unsur seperti nitrogen, phosphorus dan kalium (NPK) dalam nisbahnya yang tersendiri.
BAJA ORGANIK DAN BAJA BUKAN ORGANIK
A. BAJA ORGANIK
Baja organik dihasilkan daripada benda hidup atau bahan mineral dan wujud secara semulajadi. Antara contoh baja organik adalah:
- Najis haiwan
- Kompos
- Serbuk batu kapur
Sifatnya adalah ia bekerja secara perlahan dan perlu diurai oleh organisma tanah untuk melepaskan nutrien yang diperlukan kepada pokok dan tumbuhan. Ia mampu memberikan nutrien tanpa mengira keadaan cuaca. Ia juga memberikan nutrien secara perlahan untuk mengurangkan risiko kehilangan nutrien ke dalam tanah.
Selain itu, ia mampu untuk menjadikan tanah lebih ‘hidup’ dan ‘kuat’. Lebih lama pembajaan organik dilakukan, lebih subur tanah. Namun, ia tetap mempunyai kekurangannya yang tersendiri kerana sifatnya yang mengeluarkan nutrien secara perlahan mengakibatkan pokok juga lambat untuk mendapat nutrien.
Ia juga memerlukan organisma untuk menguraikan baja tersebut sebelum segala nutrien dapat diserap pokok. Biasanya di ladang, ramai yang menggunakan air berklorin dan racun kimia. Penggunaannya akan mematikan organisma tersebut.
B. BAJA BUKAN ORGANIK
Nama lainnya adalah baja kimia atau baja sintetik. Ia dihasilkan menerusi tindak balas kimia serta mengandungi mineral atau kimia sintetik. Ia juga mempunyai nutrien pada kadar tertentu sesuai dengan jenis tanaman. Kelebihannya adalah ia lebih cepat diserap oleh tumbuhan.
Jumlah nutriennya juga jelas dan bukan seperti baja organik kerana ia berbeza mengikut dari mana ia datang. Harganya juga jauh lebih murah daripada baja organik. Namun, penggunaan pada jangka masa yang lama akan memberikan kesan kepada tanah dan alam. Ia juga mampu memberikan masalah terlebih baja sekaligus membunuh tanaman selain daripada ia mudah untuk lesap ke dalam tanah sehingga tidak tercapai oleh akar pokok.
Bukan itu sahaja, penggunaan baja kimia secara berterusan berisiko untuk membentuk sisa toksik seperti arsenik di dalam tanah. Penggunaan berterusan juga menyumbang kepada perubahan pH tanah dan memberikan kesan negatif kepada tumbuhan.
Baca Juga : Milagro Baja Terbaik – Info Lengkap Untuk Anda
KEBAIKAN BAJA MILAGRO
Ia merupakan sejenis baja organik dan menjadi pilihan ramai. Hal ini kerana ia mampu untuk membuatkan tanaman dan pokok berbuah serta berbunga dengan lebat seawal dua minggu. Ia menggunakan bahan organik 100% dan sangat selamat untuk digunakan. Video diatas merupakan testimoni baja milagro.
Ia mampu untuk menyelesaikan masalah seperti:
- Bunga selalu gugur dan kurang mekar
- Buah susah nak lekat dan hasil tidak memuaskan
- Daun tak lebat dan pokok layu
Baca Juga : Cara Guna Baja Milagro – Mudah Sangat Rupanya
Masalah di atas berlaku disebabkan oleh faktor kesuburan tanah iaitu tanah yang berasid atau tanah yang kurang nutrien. Ia akan memberikan nutrien yang mencukupi bukan sahaja untuk tumbuhan malah untuk tanah. Tonton video di bawah untuk info lanjut mengenainya.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut termasuklah harga baja Milagro dan cara guna baja Milagro dengan melayari laman web Pak Mansor Farm:
..
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan baja Milagro. Jangan ambil mudah mengenai pemilihan baja yang sesuai ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!